RSS

Laporan Lawatan Ilmiah Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar JKE

UNIT PEMBANGUNAN & PENYELIDIKAN TENAGA SOLAR,
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU

LAPORAN LAWATAN KE :

1. SOLAR ENERGY RESEARCH INSTITUTE (SERI), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

2 MATRIX ENERGY SDN BHD, SHAH ALAM SELANGOR.

TARIKH LAWATAN : 4 MAC 2010
——————————————————————————————————–
PENDAHULUAN :

Sebagaimana yang dinyatakakan di dalam kertas kerja penubuhan Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar, Jabatan Kejuruteraan elektrik, Politeknik Merlimau. Objektif bagi Unit ini ialah seperti berikut :

i. Menyahut seruan Kerajaan bagi menghasilkan tenaga elektrik alternatif selain tenaga hidro dan gas.
ii. Menjadikan Politeknik Merlimau sebagai salah satu hub penyelidikan tenaga suria.
iii. Peneraju pembangunan dan penyelidikan tenaga suria dikalangan politeknik Malaysia
iv. Menghidupkan budaya pembangunan dan penyelidikan di kalangan pensyarah dan pelajar politeknik
khasnya Politeknik Merlimau.

Bagi memulakan kajian berkaitan tenaga solar sememangnya rumit dan mencabar, namun begitu, bagi mengatasi masalah ini perkongsian maklumat dengan pengkaji terutamanya di kalangan IPT yang setelah sekian lama menceburi dalam kajian tersebut telah pun dirancang untuk dilakukan. Ini adalah kerana sekurang-kurang hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang berkenaan boleh dijadikan bahan rujukan dalam pembangunan dan penyelidikan ini.

Di dalam mencapai objektif-objektif yang tersebut di atas, satu lawatan telah diadakan pada 4 Mac 2010 (Khamis) ke SERI (Solar Energy Research Institute), Universiti kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor & Matrix Energy Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.

Lawatan ini telah disertai oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Pn Sariati Bt Dalib serta JK unit iaitu Pn Hjh Rosnani Bt Hj Affandi, En Mohd Jamhari Ismail Bin Md Tokit, En Ariffuddin Bin Ibrahim, Pn Subashnee a/p Marimuthu, En Azman Bin Talib dan En Mohd Norbi Bin Baharin.

Sepanjang lawatan tersebut, banyak maklumat berguna yang diperolehi dan maklumat-maklumat ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar, JKE untuk mengorak langkah dalam memulakan satu kajian atau membangunkan tenaga solar.

SOLAR ENERGY RESEARCH INSTITUTE (SERI), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Julai 2005 dan Pengarahnya ialah Prof Dr Kamaruzzaman Bin Sopian. Kemudahan penyelidikan yang canggih dan terkini terdapat di SERI ini termasuklah Taman Penyelidikan Tenaga Suria dan pelbagai makmal penyelidikan yang lain.

Kemudahan penyelidikan lain adalah seperti pemanas air suria dengan sistem penyimpanan bersepadu, enjik stirling suria untuk sistem pengepaman air, sistem pengeringan bantuan suria untuk ubatan berasaskan tumbuhan, pengumpul suria dengan saluran penyerap getah asli thermoplastic, sistem penyaman udara penyerapan suria dan pencahayaan siang menggunakan paip pencahayaan suria CPC, fabrikasi dan pencirian sel suria, simulator suria, simulator langit, rumah suria eco-hidrogen, ruang anechoic dan gegaran untuk menentukan sifat-sifat bunyi sesuatu bahan, dan pengaliran haba dalam bahan.

Sehingga kini, SERI telah memenangi enam pingat anugerah khas, enam pingat emas, lapan pingat perak dan empat pingat gangsa di pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Selain daripada itu. Kereta suria mendapat tempat ketiga dalam Perlumbaan Suria Dunia Malaysia pada tahun 2001 dan tempat kesepuluh dalam Perlumbaan pada tahun 2002. SERI berkerjasama dengan institusi penyelidikan lain seperti UMT dan SIRIM dalam penyelidikan sistem hibrid photovoltaik angin untuk menghasilkan tenaga elektrik dan hidrogen.

SESI TAKLIMAT

Pegawai bertugas pada hari lawatan ialah En Mohamad Arif Bin Mokhta dan sesi taklimat disampaikan oleh Dr Sohif Mat. Taklimat yang diberikan adalah bertajuk ā€¯Renewable Energy Technology And Applicationsā€¯. SERI bermula dengan 2 (DUA) jenis kajian berkaitan dengan solar iaitu :
1. Advanced Solar Cell And PV System
2. Solar Thermal Systems

Walau bagaimanapun lama kelamaan SERI telah mula membangunkan Research yang berkaitan dengan Renewable Energy yang mana ianya tidak hanya terhad kepada kajian-kajian yang berbentuk solar sahaja. Seramai 20 orang pelajar PHD dan 10 orang pelajar master keutamaan kajian adalah di dalam Renewable Energy terutama dalam Solar Energy dan Wind Technology. Kajian-kajian lain ialah seperti Advanced Solar Cell And PV Systems, Solar Thermal Systems, Sustainable Material And Systems Buliding, Low Energy Architecture, Urban Eco Scape, Power System, Biodiesel, Marine Energy dan Renewable Energy Systems And Social Impact.

Namun kekuatan SERI adalah pada dua kajian iaitu Advanced Solar Cell And PV System dan Solar Thermal Systems. Dalam usaha membangunkan tenaga solar SERI juga cuba mengaitkan faktor-faktor penggunaan bahan atau binaan sesebuah bangunan. Dengan adanya penggunaan bahan atau binaan yang lebih baik ianya dipercayai dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga yang sedia ada dengan itu pembangunaan tenaga solar adalah lebih mudah ( dalam erti kata lain tidak perlu penggunaan PV yang lebih banyak di dalam sesebuah rumah). Kajian ini adalah seperti Sustainable Material And Systems Buliding dan Low Energy Architecture. Kajian ini diharap dapat mengurangkan penggunaan tenaga seterusnya penggunaan elektrik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan PV yang perlu dipasang di dalam sesebuah rumah. Penggunaan tenaga solar dijangkakan dapat mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh Power Station dan dengan adanya sumber dari tenaga solar ini jumlah Power Station di Malaysia dapat dikurangkan.

KEPERLUAN TERHADAP TENAGA SOLAR

Menurut Dr Sohif Mat, pada tahun 2015 Malaysia akan mula mengimport petrol dan ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia sudah semakin berkembang dan pertambahan terhadap keperluan tenaga. Oleh sebab itu keperluan terhadap sumber tenaga lain adalah sangat diharapkan dan kaedah atau sumber yang paling mudah/murah adalah tenaga dari suria, angin, ombak dan bio mass. Malaysia adalah antara negara yang sangat bertuah kerana memperolehi sinaran matahari untuk tempoh 12 jam dalam sehari.

SERI juga dalam proses kajian untuk menjadikan solar sel sebagai sebahagian daripada atap kerana yang terdapat di pasaran sekarang ialah satu bahagian panel yang perlu diletakkan di atas atap sesebuah rumah. SERI mempunyai sebuah makmal yang dilengkapi peralatan terkini yang digunakan untuk menghasilkan sel daripada bahan mentah sehinggalah produk solar panel. SERI juga telah banyak menghasilkan solar sel namun ianya masih terlalu mahal untuk digunakan. Di pasaran sekarang secara realitinya, sistem solar masih mahal oleh itu SERI juga sedang membuat kajian untuk menghasilkan satu sistem solar yang murah dan mampu dimiliki oleh semua. Malaysia perlu giat dalam membangunkan atau membuat kajian berkenaan Renewable Energy kerana jika tidak dilakukan ianya pasti akan dipelopori oleh Negara-negara barat.

Melalui taklimat yang disampaikan, Cottage Industri telahpun wujud di Terengganu iaitu kilang untuk menghasilkan Solar Panel. Syarikat tersebut ialah Solartif Sdn Bhd Chendering, Kuala Terengganu. Kaedah yang dilakukan di kilang tersebut adalah sangat menarik kerana ianya tidak memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam mengendalikan sel-sel solar. Dr Sohif Mat juga telah mencadangkan supaya Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar JKE, PMM melakukan lawatan ke sana untuk mempelajari kaedah pemasangan PV Panel.

LOW ENERGY ARCHITECTURE
Antara kajian lain yang telah dijalankan oleh SERI adalah Low Energy Architecture, Kajian ini sangat menarik kerana untuk memastikan penggunaan tenaga yang rendah bagi sesebuah bangunan, teknologi binaan bangunan antara faktor yang perlu diambil kira selain faktor-faktor lain.

Daripada kajian didapati di bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia adalah pengguna tenaga yang paling tinggi jika dibandingkan dengan sektor lain. Walaubagaimanapun yang menariknya terdapat bangunan kerajaan di Putrajaya telah memperolehi anugerah ASEAN Energy Award 2006 kerana menunjukkan penggunaan tenaga yang rendah iaitu 95kWh/m2.tahun

LAWATAN KE TAMAN PENYELIDIKAN TENAGA SOLAR

Selepas sesi taklimat ahli JK Unit Pembangunan & Penyelidikan JKE di bawa melawat Taman penyelidikan Tenaga Solar. Taman ini mempunyai Sistem Pengepam Photovoltaik berkuasa 1.2 kWp, sistem photovoltaic bergrid berkuasa 5 kW, pengering suria forced convective berukuran 10 m2, pengering suria forced convective berukuran 20 m2, dan sistem photovoltaik hidrogen suria.

Semasa lawatan terdapat dua orang pelajar PhD sedang melakukan kajian mereka dan mereka telahpun memberikan penerangan berkaitan dengan kajian yang sedang dilakukan. Pelajar tersebut ialah Arfidian Rachman dengan tajuk kajian Solar Air Conditioning System Using Desiccant Wheel dan Ahmad Fudboli dengan tajuk kajian Studies On Advanced Multi-Pass Solar Air Collector With Heat Transfer.

Banyak maklumat yang diperolehi semasa lawatan ke taman Penyelidikan Tenaga Solar dan ianya boleh dijadikan panduan dalam proses memulakan proses Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau.

MATRIX ENERGY SDN BHD, SHAH ALAM SELANGOR

MATRIX Energy Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bertempat di Shah Alam dan merupakan sebuah syarikat yang lebih tertumpu kepada bidang Energy Saving. Walaupun mempunyai kepakaran dalam bidang Solar Energy namun Solar Energy kurang mendapat sambutan dari pelanggan mereka kerana Projek yang melibatkan Solar Energy biasanya melibatkan kos yang besar.

Hasil lawatan mendapati Energy Saving turut memainkan peranan penting kerana selain menggunakan tenaga solar sebagai alat untuk menjimatkan penggunaan tenaga sedia ada, kaedah yang digunakan oleh syarikat Matrix Energy juga adalah satu kaedah yang menarik dan mendapat sambutan dari banyak pihak. Kaedah yang digunakan oleh Syarikat Matrix Energy adalah menggunakan transfomer sebagai alat untuk menggurangkan tenaga. Kaedah ini adalah menarik dan boleh dibuat kajian pada masa akan datang.

KESIMPULAN

Hasil dari lawatan ke Solar Energy Research Institute (Seri), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Matrix Energy Sdn Bhd, Shah Alam Selangor, didapati kajian melibatkan solar adalah satu bentuk kajian yang menarik dan perlu diteruskan. Namun kekangan utama dalam menjayakan kajian ini adalah dari segi kewangan kerana daripada maklumat yang diterima dari kedua-dua tempat yang dilawati adalah untuk membangunkan Projek Tenaga Solar ini memerlukan satu sumber kewangan yang kukuh dan besar. Sebagai contoh untuk membuat lampu jalan yang dilengkapi dengan sistem solar yang baik dan berkualiti, anggaran kos adalah RM9,000.00.

Walau bagaimanapun peringkat permulaan yang perlu dilakukan oleh Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah dengan melakukan kajian-kajian dan projek kecil yang berkaitan dengan solar. Semoga pihak pengurusan PMM akan terus memberikan sokongan kepada Unit Pembangunan & Penyelidikan Tenaga Solar Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk terus membangunkan segala bentuk kajian dan projek solar dimasa-masa akan datang.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: